
Mixue perkenalkan menu baru dengan masa terhad!
Matcha Series!
Menu diperkenalkan dan bermula pada 1 Disember 2024 sehingga waktu yang tidak pasti bila akan tamat.
ada 3 jenis menu iaitu:
- Matcha Mix Ice Cream
- Matcha Ice Cream
- Matcha Boba Creamy Drink
tiga-tiga admin dah cuba!
Matcha Mix Ice Cream
Matcha mix ice cream ni adalah gabungan matcha dan vanilla.
setakat admin dah cuba, tahap kemanisan adalah sederhana. tidak terlalu manis terasa seperti makan gula. Matcha lover mesti tahu admin maksudkan ni.
Matcha Ice Cream
Matcha ice cream adalah matcha sahaja. Tidak bercampur dengan vanilla. Kalau anda adalah matcha lover, admin sarankan beli terus sundae/cup sebab memang sedap dan puas hati!
Matcha Boba Creamy Drink
sejujurnya, air matcha ini boleh ditambah baik. air terlalu creamy dan susu digunakan terasa seperti susu almond? kurang rasa matcha. ini yang admin dah cuba di outlet berdekatan rumah.
untuk matcha series ni. admin bagi 4.7/5 🌟 Sebab masih belum boleh lawan Matcha series Tealive.
Apa pendapat anda? boleh share di ruangan komen.
Untuk lihat menu Mixue, boleh tekan sini -> Mixue Malaysia